Monday, 21 November 2011

Diet Tidak Menjadi ...



Hello warga blogger.. apa kabar hehh??
Okeh !! sebenarnya cik bam nak kongsi sikit dengan korang semua pasal diet.. hehe

Seperti mana yang kita tahu, setiap manusia mempunyai tubuh badan yang berbeza.. ada yg kecik molek ada montel2 comel macam cik bam nih yang masih berusaha menurunkan berat badan.. kikiki ..
So, untuk menjadi lebih sihat dengan diet harian, kita kenalah elakkan drpd makan makanan yg di proses dan mengambil lebih banyak makanan yang segar. 
Ada beberapa makanan dan minuman yang korang harus elakkan dalam diet harian. 
Mungkin susah untuk korang tidak mengambil makanan itu sekaligus, tetapi korang boleh cuba untuk tidak mengambil makanan itu satu persatu. :)

okeh !! jom kita cekidoutt !!

1. SOFT DRINKS/ MINUMAN BERGAS 
seperti yang korang semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis dan juga addictive. Kebanyakkan soft drink juga mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman ini mungkin tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan berkafein ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun. 
Tambahkan pengambilan air dan juga jus buah-buahan jika korang memerlukan gula. 

2. PRODUK KAYA TEPUNG 
Korang juga patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang di perkaya. ' Tepung yang di perkaya' menunjukkan tepung tersebut telah di 'bleached' dan telah kehilangan khasiat yang berharga.
Untuk langkah bijak, korang bolehla membeli roti penuh gandum dan juga pasta. 

3. MAKANAN DALAM TIN 
Kebanyakkan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. So, janganlah jadikan ia sebagai makanan harian korang okey ? .

4. MAKANAN SEGERA 
Sapa kat sini yang xsuka makan burger dan kentang goreng? cuba angkat kaki.. mesti korang suka kan? Benda2 ni memang sedap, tapi korang kenalah elakkan makanan segera. Hal ini kerana, kebanyakan makanan segera tidak mempunyai vitamin dan mineral yang di perlukan tubuh badan. So, koranng hadkan lah pengambilan makanan segera ini kepada 1-2 kali sebulan.

5. MAKANAN BERGORENG
Setiap makanan bergoreng mempunyai kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan di goreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu korang haruslah mengurangkan pengambilan makanan bergoreng / korang boleh goreng sendiri dengan memilih minyak yang baik dan sesuaikan dengan resepi korang.



ni lah serba sedikit maklumat yang cik bam dapat n kongsikan dengan korang..
mb, cik bam pon boleh cuba elakkan daripada makan makanan macam ni (errr boleh ke)..

okeh selamat berdiet !! hihi


p/s: kelas pagi cancel, tinggal lagi 1 kelas kul 4 nty, kalo rajin baru kita pergi yeee.. hehe =-=



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca:)

3 comments:

  1. nampak sgt copy paste hahaha..nway nice share cik bam and gud luck yer utk diet kekeke :D

    ReplyDelete
  2. yeleee... copy untuk sharing2 dgn org yg comel2 nii.. cik syadaa boleh jugak join cik bamm .. :)

    ReplyDelete
  3. hahah tak pa cik bam on dulu yer..nty cik syaada ikut kekeke...

    ReplyDelete